Salam
kepada pengunjung atau bakal pengunjung ke Cameron Highlands. Apa yang berlaku baru-baru
ini tentang kejadian banjir lumpur yang melanda Cameron Highlands hanyalah
tertumpu di kawasan Lembah Bertam dan hanya melibatkan penduduk atau
rumah-rumah di sekitar Sungai Lembah Bertam sahaja. Manakala tempat-tempat
tumpuan pelancongan, penginapan, hotel atau apartment seperti di Ringlet, Tanah
Rata, Kea Farm, ladang-ladang teh LANGSUNG TIDAK TERLIBAT. Jadi
pengungjung dinasihatkan tidak terlalu bimbang dengan keselamatan
masing-masing. Jalan yang melalui Lembah Bertam ke Koyan langsung tidak terjejas
kerana lumpur yang berada di atas jalan telah dibersihkan oleh pihak berkuasa
dengan kadar yang segera. Gambar-gambar yang disiarkan media yang menunjukkan
jambatan runtuh adalah merupakan jambatan yang dibina oleh pekebun merentasi
Sg. Bertam untuk ke kebun masing-masing dan tidak ada kena mengena dengan jalan
utama Ringlet ke Felda Sg. Koyan.