Pages

Sunday, September 20, 2020

PEMBERHENTIAN BUAT PERKHIDMATAN KATERING AFWANS ENTERPRISE

 Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Dukacita dimaklmkan bahawa perkhdimatan Katering Afwans Enterprise akan diberhentikan mulai 20/09/2020 di atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Kami memohon maaf kerana masih terdapat permintaan klien untuk menempah perkhidmatan kami semasa berkunjung ke Cameron Highlands.

Sekian terima kasih.



Saturday, July 27, 2019

Rombongan Dari Pantai Timur

Terima kasih diucapkan kepada guru dari SMK Tengku Bariah, Teengganu yang telah repeat order dan berpuas hati dengan makanan dan delivery, sekali lagi menempah makanan sempena lawatan Pengawas dan PSS,  kerana telah menempah makanan dari 11,12 dan 13 Julai 2019. Semoga datang lagi yea..

Wednesday, February 6, 2019

Zinnia Residences dan BBQ

Terima kasih kepada Encik Zulkifli kerana telah menempah set BBQ dan sarapan pagi pada 4-5/2/2019 di di Zinnia Residences Tanah Rata bagi program Family Day seramai 40 orang. Pihak kami menghargai akan komen-komen yang telah diberikan.

Taman Rekreasi Zinnia Residences







Tuesday, August 7, 2018

Done

Terima kasih kepada guru-guru dari Sabak Bernam yang telah menempah makanan pada 1 Ogos 2018 dari pihak kami. Ketepatan masa adalah komitmen kami...

Sunday, July 29, 2018

Tempahan

Terima kasih kepada pelajar-pelajar kolej dan lecturer dari Selangor yang telah menempah makanan berbungkus dari kami di Afwans Enterprise dari 27hb. Julai hingga 29hb. Julai 2018 bagi menjalankan aktiviti di Kg Orang Asli Lareyar. Kalau datang lagi untuk menjalankan aktiviti, jangan lupa menempah makanan dengan pihak kami.  Insyallah makanan akan sampai tepat pada masanya, kerana komitmen kami ialah pembekalan makanan tepat pada masanya.  Para pelanggan yang dihormati  juga dinasihatkan agar menghubungi kami secara whats up yang bernombor 016 5928046 sekiranya talian telefon yang tertera tidak dapat dihubungi kerana masalah muka bumi Cameron Highlands yang berbukit bukau dan kadang kala menghalang signal sekiranya kami berada di kawasan tersebut.




Sunday, July 1, 2018

Perubahan Cuaca

Salam kepada semua pengunjung-pengunjung Tanah Tinggi Cameron Highlans. Semenjak dua menjak ini, cuaca di sini telah mengalami penurunan yang ketara sehingga 18 darjah Celcius di waktu petang dengan cuaca dan hujan yang silih berganti. Oleh itu  dinasihatkan agar pengunjung membawa pakaian yang bersesuaian dengan keadaan cuaca di  sini.





Thursday, July 27, 2017

Ingin bergembira, ditimpa duka.

Hasrat hati ingin bergembira dan menikmati suasana sejuk di Cameron Highlands. Keinginan untuk berkunjung ke kawasan Kea Farm begitu teruja dan ingin membeli belah sedikit cendera hati untuk saudara-mara dan orang tersayang. "Susah betul nak parking kat Kea Farm ni, parking pula tak banyak",bisik hatinya. Isteri di sebelah dah menunjukkan muka masam kerana parking belum dijumpai..."Parking ajelah kat tepi jalan ni", isterinya mencelah. Suami pun menurut sahaja cadangan isteri. "Jom kita gi shoping", kata suami. Setelah dua jam membeli belah dan tour kawasan Kea Farm, kedua-dua pasangan ini kembali ke kereta dan melihat satu kertas saman trafik terselit di wiper ..Itulah senario yang kerap kali berlaku pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad apabila trafik menyaman kereta di sepanjang kiri dan kanan jalan di Kea Farm. Justeru itu admin menasihatkan pengunjung supaya berhati-hati apabila parking kereta di kawasan Kea Farm. Hasrat hati ingin bergembira tetapi..
malang ditimpa tangga..








Wednesday, July 12, 2017

Pengumuman

Salam kepada pengunjung-pengunjung tanah tinggi Cameron Highlands. Pihak admin memohon maaf kerana tidak update post di blog ini dalam jangka masa yang lama. Ramai yang menalifon dan bertanyakan samada blog ini masih lagi aktif atau tidak. Pihak admin sekali lagi menegaskan bahawa pihak Afwans Enterprise masih aktif menjalankan perniagaan katering. Namun begitu memandangkan kos bahan mentah telah meningkat, maka pihak katering Afwans Entetprise terpaksa membuat review harga seperti berikut;

Sarapan Pagi = Kekal RM3.50
Makan Tengahari = Dari harga asal RM6.50 ke RM7.00
Makan Malam = Dari harga asal RM6.50 ke RM7.00
Nasi Ayam Special Cameron Highlands = Dari harga asal RM7.00 ke RM7.50

Kepada bakal-bakal pengunjung yang dihormati dan telah menempah makanan sebelum 1hb. Ogos 2017, mereka masih menikmati  harga lama. Hanya tempahan pada atau selepas 1hb. Ogos 2017, harga baru akan bermula. Penghantaran masih lagi percuma di sekitar Tanah Rata, Brinchang dan Kea Farm.  

Friday, April 24, 2015

TERIMA KASIH ROMBONGAN MAHASISWA/MAHASISWI....

credit to mrs syazwani

Terima kasih kepada rombongan masiswa/mahasiswi  dari sebuah IPTA selangor yang telah melakukan aktiviti mendaki gunung yang terletak di cameron highlands.Pelajar ini telah menginap di Desa Anthurium.Makanan yang ditempah telah dihantar mengikut pesanan.

Alhamdulillah segalanya berjalan lancar.Terima kasih sekali lagi kepada semua yang telibat..
Jangan lupa datang lagi yer...hee..kalau sudah datang jangan lupa untuk menggunakan khidmat Afwans Enterprise..


              
                         admin terlupa untuk mengambil gambar..so lambat skit nk post...maaf yer...


                                                                      ladang teh
                                                                         

                                                         mahasiswa dan mahasiswi                                                          


bergambar di tempat penginapan


Jangan lupa Afwans Enterprise yer...heee

Monday, April 6, 2015

CREDIT TO MR ALIAS

Ucapan terima kasih kepada rombongan bermotosikal  Encik Alias seramai lebih kurang 65 orang dari Shah Alam ke Cameron Highlands yang telah menggunakan khidmat katering Afwans Enterprise. Rombongan ini telah mnginap di Juliana Chalet yg bertempat di Brinchang.



                                          antara motosikal antik yang menyertai rombongan


motor antik yang menarik 




pelbagai motosikal yang menarik perhatian
.