Pages

Friday, November 14, 2014

Post "Banjir Lumpur"

Pada 5/11/2014 telah berlaku hujan lebat di Cameron Highlands. Mengikut laporan Pegawai Jabatan Meteorologi Cameron Highlands, hujan yang turun pada hari tersebut adalah paling tinggi dalam sejarah dan mengakibatkan air sungai di sepanjang Kg.Baru Ringlet naik dengan mendadak. Akibat hujan lebat, banyak kejadian tanah runtuh yang menimpa rumah-rumah penduduk dan ada yang mengalami kerosakan teruk. Kejadian hanya tertumpu di Kg. Baru Ringlet sahaja. Tanah Rata  dan Brinchang yang jaraknya berbelas K.M dari Ringlet langsung tidak terjejas. Malah pelancong tetap mengunjungi Cameron Highlands. Mereka berpendapat inilah masa yang sesuai untuk mengunjungi Cameron Highlands kerana tidak ada lagi kesesakan yang menghalang perjalanan ke tempat-tempat yang menarik di sini. Malah jalan Ringlet ke Sungai Koyan yang merintasi bandar Ringlet langsung tidak terjejas. Pada 12.11.2015 pusat pemindahan telahpun ditutup dan Cameron Highlands kembali normal. Sekarang masa untuk mengambil tindakan terhadap PATI dan tokeh-tokeh yang tamak meneroka tanah kerajaan.