Pages

Sunday, July 29, 2018

Tempahan

Terima kasih kepada pelajar-pelajar kolej dan lecturer dari Selangor yang telah menempah makanan berbungkus dari kami di Afwans Enterprise dari 27hb. Julai hingga 29hb. Julai 2018 bagi menjalankan aktiviti di Kg Orang Asli Lareyar. Kalau datang lagi untuk menjalankan aktiviti, jangan lupa menempah makanan dengan pihak kami.  Insyallah makanan akan sampai tepat pada masanya, kerana komitmen kami ialah pembekalan makanan tepat pada masanya.  Para pelanggan yang dihormati  juga dinasihatkan agar menghubungi kami secara whats up yang bernombor 016 5928046 sekiranya talian telefon yang tertera tidak dapat dihubungi kerana masalah muka bumi Cameron Highlands yang berbukit bukau dan kadang kala menghalang signal sekiranya kami berada di kawasan tersebut.




Sunday, July 1, 2018

Perubahan Cuaca

Salam kepada semua pengunjung-pengunjung Tanah Tinggi Cameron Highlans. Semenjak dua menjak ini, cuaca di sini telah mengalami penurunan yang ketara sehingga 18 darjah Celcius di waktu petang dengan cuaca dan hujan yang silih berganti. Oleh itu  dinasihatkan agar pengunjung membawa pakaian yang bersesuaian dengan keadaan cuaca di  sini.