Monday, August 18, 2014

Kesunyian di Cameron Highlands

Semenjak selepas Hari Raya Aidil Fitri 2014, jumlah pelancong dan pelawat yang mengunjungi Cameron Highlands telah berkurangan. Keadaan ini menimbulkan keresahan kepada taukeh-taukeh kebun sayur dan peniaga pasar malam Brinchang. Keadaan ini sedikit sebanyak menimbulkan kelegaan kepada penduduk Cameron Highlands kerana tiada lagi kesesakan yang teruk di bandar Brinchang. Justeru itu admin menasihatkan kepada bakal-bakal pengunjung bahawa inilah masa yang paling sesuai untuk membuat lawatan ke tempat-tempat yang menarik di sini kerana perjalanan yang lancar.

Friday, July 11, 2014

Zeel Production

Pihak admin sekali lagi mengucapkan ribuan terima kasih kepada Zeel Production kerana menaruh kepercayaan kepada Afwans Enterprise dalam bulan Jun 2014 untuk membekalkan makanan selama 7 hari berturut-turut untuk crew dan pelakon bagi sessi penggambaran di sekitar Tanah Rata dan Kg. Raja. Jangan lupa sila datang lagi ke Cameron Highlands.

Tuesday, May 27, 2014

Ucapan terima kasih

Pihak admin mengucapkan ribuan terima kasih  kepada semua rombongan dan sekolah yang telah menempah makanan dari Afwans Enterprise bermula dari tahun 2012, 2013 dan awal tahun 2014. Jangan lupa datang lagi ke  Cameron Highlands ya.

Monday, March 31, 2014

Perubahan jalan menjadi one way semasa cuti sekolah

Musim cuti sekolah telah pun tamat. Bagi penduduk Cameron Highlands, ada dua kategori pandangan penduduk terhadap kedatangan musim cuti sekolah. Bagi peniaga mereka amat menantikan saat ini kerana mereka dapat mengaut keuntungan yang semaksima mungkin dari kedatangan pelancong yang tidak putus-putus sehinggalah cuti sekolah berakhir. Bagi mereka yang bukan peniaga, inilah masa yang amat menyakitkan hati kerana terperangkap dengan kesesakan jalan terutama di hadapan Pasar Malam Brinchang.Justeru itu tidak menghairankan sekiranya mereka akan menggunakan motorsikal yang dapat mempercepat perjalanan samada ke tempat kerja atau ke pasar bagi mencari bekalan makanan. Bagi mengurangkan kesesakan di bandar Brinchang,pihak pentadbiran daerah telah mengubah jalan dua hala kepada satu hala. Apa yang kerap kali berlaku ialah , banyak kerosakan kenderaan kerana jalan yang diubah menjadi satu hala sebenarnya merupakan jalan berbentuk  pendakian bermula dari Simpang Irish Hotel hingga ke Hotel Star Regency dengan kereta bergerak macam roda kereta lembu. Bagi para pelancong yang tidak biasa dengan corak pemanduan pendakian, mereka banyak menggunakan clutch untuk dan bukannya hand brake untuk memberhentikan kenderaan. Keadaan  ini menyebabkan banyak kenderaan yang "berasap" dan tersadai di tepi jalan. Akibatnya bajet untuk melancong ke Cameron Highlands telah pun "lari" dan digunakan untuk membaiki kenderaan yang rosak. Apa yang menarik tentang Cameron Highlands ialah kebanyakan mekanik mengambil kesempatan ke atas pelancong yang buta tentang hal-hal kenderaan untuk "disembelih". Jadi admin menasihatkan para pelancong agar berhati-hati dalam perkara ini.  

Tuesday, October 29, 2013

Makluman Terkini Tentang Banjir Kilat di Cameron Highlands



Salam kepada pengunjung atau bakal pengunjung ke Cameron Highlands. Apa yang berlaku baru-baru ini tentang kejadian banjir lumpur yang melanda Cameron Highlands hanyalah tertumpu di kawasan Lembah Bertam dan hanya melibatkan penduduk atau rumah-rumah di sekitar Sungai Lembah Bertam sahaja. Manakala tempat-tempat tumpuan pelancongan, penginapan, hotel atau apartment seperti di Ringlet, Tanah Rata, Kea Farm, ladang-ladang teh LANGSUNG TIDAK TERLIBAT.  Jadi pengungjung dinasihatkan tidak terlalu bimbang dengan keselamatan masing-masing. Jalan yang melalui Lembah Bertam ke Koyan langsung tidak terjejas kerana lumpur yang berada di atas jalan telah dibersihkan oleh pihak berkuasa dengan kadar yang segera. Gambar-gambar yang disiarkan media yang menunjukkan jambatan runtuh adalah merupakan jambatan yang dibina oleh pekebun merentasi Sg. Bertam untuk ke kebun masing-masing dan tidak ada kena mengena dengan jalan utama Ringlet ke Felda Sg. Koyan. 

Monday, October 1, 2012

Tempat berhenti dan solat

Salam kepada pengunjung-pengunjung di Cameron Highlands. Sekiranya pengunjung melalui jalan Simpang Pulai atau dari Gua Musang, sebelum sampai ke bandar Brinchang , pengunjung bolehlah berehat dan bersolat di Surau Kuaters Kerajaan Sungai Burung yang mempunyai tandas lelaki dan wanita dan berehat.

Sunday, October 31, 2010

Katering di Cameron Highlands

Salam kepada semua pengunjung-pengunjung Tanah Tinggi Cameron Highlands. Kami di Afwans Enterprise Cameron Highlands menawarkan pembekalan makanan secara bungkus kepada semua rombongan yang berkunjung ke tempat peranginan ini dengan tempahan minima sebanyak 30 orang. Pihak kami tidak dapat memenuhi pesanan yang kurang dari 30 orang. Harga yang ditawarkan oleh Afwans Enterprise adalah seperti berikut;

Sarapan pagi :   RM3.00 (+ air panas)
              (Nasi Lemak/Mee Hon/Kuih Tiaw/Mee Goreng/Nasi Goreng)

Makan Tengahari : RM5.00 (+ air mineral)
                     1. (Nasi putih, ayam masak merah/ayam masak kicap/kari ayam/ayam 
                          kurma/ayam goreng, sayur goreng, sambal)
                                                @
                              RM5.50 (+ air mineral)
                     2.  (Nasi ayam special Cameron Highlands-Ayam,
                          salad,tomato, timun, sambal kicap dan sup)                          
                                                    
Makan Malam: RM5.00 (+ air mineral)
                   1.  (Nasi putih, ayam masak merah/ayam masak kicap/kari ayam/ayam 
                          kurma/ayam goreng, sayur goreng, sambal)

BARBEQUE :  Pakej A = RM23.00           Ayam
                                                                   Jagung Manis Cameron Highlands
                                                                   Sosej
                                                                   Nasi Goreng Cina
                                                                   Sayur Coslaw
                                                                   Sotong
                                                                   Air 2 jenis


                        Pakej B= RM19.00            Ayam
                                                                  Jagung Manis Cameon Highlands
                                                                  Sosej
                                                                  Nasi Goreng Cina
                                                                  Sayur Coslaw
                                                                  Air 2 jenis                                             
                             

       
Untuk kemudahan pelanggan, pihak kami juga akan membuat penghantaran ke tempat yang dikehendaki oleh pelanggan di sekitar Cameron Highlands. Sila hubungi Kak Nah di talian   016-5928046/011-21880068 /019-4221064 untuk keterangan lanjut dan tempahan.