Pages

Friday, November 14, 2014

Post "Banjir Lumpur"

Pada 5/11/2014 telah berlaku hujan lebat di Cameron Highlands. Mengikut laporan Pegawai Jabatan Meteorologi Cameron Highlands, hujan yang turun pada hari tersebut adalah paling tinggi dalam sejarah dan mengakibatkan air sungai di sepanjang Kg.Baru Ringlet naik dengan mendadak. Akibat hujan lebat, banyak kejadian tanah runtuh yang menimpa rumah-rumah penduduk dan ada yang mengalami kerosakan teruk. Kejadian hanya tertumpu di Kg. Baru Ringlet sahaja. Tanah Rata  dan Brinchang yang jaraknya berbelas K.M dari Ringlet langsung tidak terjejas. Malah pelancong tetap mengunjungi Cameron Highlands. Mereka berpendapat inilah masa yang sesuai untuk mengunjungi Cameron Highlands kerana tidak ada lagi kesesakan yang menghalang perjalanan ke tempat-tempat yang menarik di sini. Malah jalan Ringlet ke Sungai Koyan yang merintasi bandar Ringlet langsung tidak terjejas. Pada 12.11.2015 pusat pemindahan telahpun ditutup dan Cameron Highlands kembali normal. Sekarang masa untuk mengambil tindakan terhadap PATI dan tokeh-tokeh yang tamak meneroka tanah kerajaan.


Monday, August 18, 2014

Kesunyian di Cameron Highlands

Semenjak selepas Hari Raya Aidil Fitri 2014, jumlah pelancong dan pelawat yang mengunjungi Cameron Highlands telah berkurangan. Keadaan ini menimbulkan keresahan kepada taukeh-taukeh kebun sayur dan peniaga pasar malam Brinchang. Keadaan ini sedikit sebanyak menimbulkan kelegaan kepada penduduk Cameron Highlands kerana tiada lagi kesesakan yang teruk di bandar Brinchang. Justeru itu admin menasihatkan kepada bakal-bakal pengunjung bahawa inilah masa yang paling sesuai untuk membuat lawatan ke tempat-tempat yang menarik di sini kerana perjalanan yang lancar.

Friday, July 11, 2014

Zeel Production

Pihak admin sekali lagi mengucapkan ribuan terima kasih kepada Zeel Production kerana menaruh kepercayaan kepada Afwans Enterprise dalam bulan Jun 2014 untuk membekalkan makanan selama 7 hari berturut-turut untuk crew dan pelakon bagi sessi penggambaran di sekitar Tanah Rata dan Kg. Raja. Jangan lupa sila datang lagi ke Cameron Highlands.

Tuesday, May 27, 2014

Ucapan terima kasih

Pihak admin mengucapkan ribuan terima kasih  kepada semua rombongan dan sekolah yang telah menempah makanan dari Afwans Enterprise bermula dari tahun 2012, 2013 dan awal tahun 2014. Jangan lupa datang lagi ke  Cameron Highlands ya.

Monday, March 31, 2014

Perubahan jalan menjadi one way semasa cuti sekolah

Musim cuti sekolah telah pun tamat. Bagi penduduk Cameron Highlands, ada dua kategori pandangan penduduk terhadap kedatangan musim cuti sekolah. Bagi peniaga mereka amat menantikan saat ini kerana mereka dapat mengaut keuntungan yang semaksima mungkin dari kedatangan pelancong yang tidak putus-putus sehinggalah cuti sekolah berakhir. Bagi mereka yang bukan peniaga, inilah masa yang amat menyakitkan hati kerana terperangkap dengan kesesakan jalan terutama di hadapan Pasar Malam Brinchang.Justeru itu tidak menghairankan sekiranya mereka akan menggunakan motorsikal yang dapat mempercepat perjalanan samada ke tempat kerja atau ke pasar bagi mencari bekalan makanan. Bagi mengurangkan kesesakan di bandar Brinchang,pihak pentadbiran daerah telah mengubah jalan dua hala kepada satu hala. Apa yang kerap kali berlaku ialah , banyak kerosakan kenderaan kerana jalan yang diubah menjadi satu hala sebenarnya merupakan jalan berbentuk  pendakian bermula dari Simpang Irish Hotel hingga ke Hotel Star Regency dengan kereta bergerak macam roda kereta lembu. Bagi para pelancong yang tidak biasa dengan corak pemanduan pendakian, mereka banyak menggunakan clutch untuk dan bukannya hand brake untuk memberhentikan kenderaan. Keadaan  ini menyebabkan banyak kenderaan yang "berasap" dan tersadai di tepi jalan. Akibatnya bajet untuk melancong ke Cameron Highlands telah pun "lari" dan digunakan untuk membaiki kenderaan yang rosak. Apa yang menarik tentang Cameron Highlands ialah kebanyakan mekanik mengambil kesempatan ke atas pelancong yang buta tentang hal-hal kenderaan untuk "disembelih". Jadi admin menasihatkan para pelancong agar berhati-hati dalam perkara ini.