Pages

Monday, March 31, 2014

Perubahan jalan menjadi one way semasa cuti sekolah

Musim cuti sekolah telah pun tamat. Bagi penduduk Cameron Highlands, ada dua kategori pandangan penduduk terhadap kedatangan musim cuti sekolah. Bagi peniaga mereka amat menantikan saat ini kerana mereka dapat mengaut keuntungan yang semaksima mungkin dari kedatangan pelancong yang tidak putus-putus sehinggalah cuti sekolah berakhir. Bagi mereka yang bukan peniaga, inilah masa yang amat menyakitkan hati kerana terperangkap dengan kesesakan jalan terutama di hadapan Pasar Malam Brinchang.Justeru itu tidak menghairankan sekiranya mereka akan menggunakan motorsikal yang dapat mempercepat perjalanan samada ke tempat kerja atau ke pasar bagi mencari bekalan makanan. Bagi mengurangkan kesesakan di bandar Brinchang,pihak pentadbiran daerah telah mengubah jalan dua hala kepada satu hala. Apa yang kerap kali berlaku ialah , banyak kerosakan kenderaan kerana jalan yang diubah menjadi satu hala sebenarnya merupakan jalan berbentuk  pendakian bermula dari Simpang Irish Hotel hingga ke Hotel Star Regency dengan kereta bergerak macam roda kereta lembu. Bagi para pelancong yang tidak biasa dengan corak pemanduan pendakian, mereka banyak menggunakan clutch untuk dan bukannya hand brake untuk memberhentikan kenderaan. Keadaan  ini menyebabkan banyak kenderaan yang "berasap" dan tersadai di tepi jalan. Akibatnya bajet untuk melancong ke Cameron Highlands telah pun "lari" dan digunakan untuk membaiki kenderaan yang rosak. Apa yang menarik tentang Cameron Highlands ialah kebanyakan mekanik mengambil kesempatan ke atas pelancong yang buta tentang hal-hal kenderaan untuk "disembelih". Jadi admin menasihatkan para pelancong agar berhati-hati dalam perkara ini.  

No comments:

Post a Comment