Pages

Thursday, July 27, 2017

Ingin bergembira, ditimpa duka.

Hasrat hati ingin bergembira dan menikmati suasana sejuk di Cameron Highlands. Keinginan untuk berkunjung ke kawasan Kea Farm begitu teruja dan ingin membeli belah sedikit cendera hati untuk saudara-mara dan orang tersayang. "Susah betul nak parking kat Kea Farm ni, parking pula tak banyak",bisik hatinya. Isteri di sebelah dah menunjukkan muka masam kerana parking belum dijumpai..."Parking ajelah kat tepi jalan ni", isterinya mencelah. Suami pun menurut sahaja cadangan isteri. "Jom kita gi shoping", kata suami. Setelah dua jam membeli belah dan tour kawasan Kea Farm, kedua-dua pasangan ini kembali ke kereta dan melihat satu kertas saman trafik terselit di wiper ..Itulah senario yang kerap kali berlaku pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad apabila trafik menyaman kereta di sepanjang kiri dan kanan jalan di Kea Farm. Justeru itu admin menasihatkan pengunjung supaya berhati-hati apabila parking kereta di kawasan Kea Farm. Hasrat hati ingin bergembira tetapi..
malang ditimpa tangga..








Wednesday, July 12, 2017

Pengumuman

Salam kepada pengunjung-pengunjung tanah tinggi Cameron Highlands. Pihak admin memohon maaf kerana tidak update post di blog ini dalam jangka masa yang lama. Ramai yang menalifon dan bertanyakan samada blog ini masih lagi aktif atau tidak. Pihak admin sekali lagi menegaskan bahawa pihak Afwans Enterprise masih aktif menjalankan perniagaan katering. Namun begitu memandangkan kos bahan mentah telah meningkat, maka pihak katering Afwans Entetprise terpaksa membuat review harga seperti berikut;

Sarapan Pagi = Kekal RM3.50
Makan Tengahari = Dari harga asal RM6.50 ke RM7.00
Makan Malam = Dari harga asal RM6.50 ke RM7.00
Nasi Ayam Special Cameron Highlands = Dari harga asal RM7.00 ke RM7.50

Kepada bakal-bakal pengunjung yang dihormati dan telah menempah makanan sebelum 1hb. Ogos 2017, mereka masih menikmati  harga lama. Hanya tempahan pada atau selepas 1hb. Ogos 2017, harga baru akan bermula. Penghantaran masih lagi percuma di sekitar Tanah Rata, Brinchang dan Kea Farm.