Thursday, July 27, 2017

Ingin bergembira, ditimpa duka.

Hasrat hati ingin bergembira dan menikmati suasana sejuk di Cameron Highlands. Keinginan untuk berkunjung ke kawasan Kea Farm begitu teruja dan ingin membeli belah sedikit cendera hati untuk saudara-mara dan orang tersayang. "Susah betul nak parking kat Kea Farm ni, parking pula tak banyak",bisik hatinya. Isteri di sebelah dah menunjukkan muka masam kerana parking belum dijumpai..."Parking ajelah kat tepi jalan ni", isterinya mencelah. Suami pun menurut sahaja cadangan isteri. "Jom kita gi shoping", kata suami. Setelah dua jam membeli belah dan tour kawasan Kea Farm, kedua-dua pasangan ini kembali ke kereta dan melihat satu kertas saman trafik terselit di wiper ..Itulah senario yang kerap kali berlaku pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad apabila trafik menyaman kereta di sepanjang kiri dan kanan jalan di Kea Farm. Justeru itu admin menasihatkan pengunjung supaya berhati-hati apabila parking kereta di kawasan Kea Farm. Hasrat hati ingin bergembira tetapi..
malang ditimpa tangga..








No comments:

Post a Comment